/*

:: Cinta Agung ::
 
 
1
1
1
1


jika cinta tidak berlandaskan ketaqwaan kpd Allah,maka keduanya akan saling bermusuhan kelak di akhirat.apalagi jika cinta justeru mnyebabkn tjadi pbuatn mksiat baik kcil mahupun bsar.tentu kelak akan btengkar di akhirat dan menjadi seteru antara satu sama lain di hadapan Allah kelak... .::PERINGATAN BUAT DIRI::. Cinta sejati dua insan berbeza jenis adalah cinta yang terjalin setelah akad nikah. iaitu cinta kita pada pasangan hidup kita yang sah. cinta sebelum menikah adalah cinta palsu yang tidak perlu dimuliakan apalagi diagung-agungkan...!! ALLAHUAKBAR.... SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH...ATAS HIDAYAH DAN PETUNJUK-MU...
KEPADA BAKAL ISTERI Seandainya nanti engkau diijabkabulkan, Bakarlah bara-bara jihad di hati suamimu, Sepertimana ibu Rabiah berpesan kepada Furuq, Suaminya, puluhan tahun di medan jihad, “jangan pulang kalau sebagai anjing mencawat ekor” ! kalau nanti kau dikurniai putera, tiupkanlah semangat jihad di hatinya, supaya zuriatmu nanti cinta mencari syahid, seghairah Handzalah menggadai nyawanya... Latihkanlah puteramu nanti, Sebagai pengganti Ibnu Rawahah, Menjadi penyair penyeru jihad, Yang mementingkan taqwa daripada quwwah, Dendangkanlah cerita Abu Sulaiman pada puteramu, Agar ia kenal apa itu keberanian, Kelak nanti pedang Allah akan muncul semula, Di akhir zaman.... Jadikanlah dirimu sebagai Asma’ puteri AsSiddiq, Moga-moga nanti lahirlah puteramu, Yang tiada gentar dan undur, Dalam perjuangan kerana Allah, Seperti diriwayatkan tentang putera Az Zubair... Suburkanlah cinta puteramu nanti, Kepada Rasulullah, Agar ia sanggup berkorban, Kemewahan dan kemegahan, Kerana suamimu bangga kalau puteranya, Seperti Mush’ab... Bacakanlah sejarah sahabat-sahabat pada puteramu, Di waktu-waktu suami tiada di sampingmu, Kisah perjuangan dan pengorbanan mereka, Dan pesan-pesankanlah selalu, Di cuping telinganya nanti, “Berjuanglah wahai puteraku, kerana lahirnya dikau di dalam Islam, adalah hasil darah dan airmata mereka itu…”

mari melawat....
  • darulnuman
  • permaya
  • islamonline
  • THECALLINGZ
  • mr.Rodin-66
  • AL-AMIN
  • ibnuSOLEH
  • braderMACHO
  • YALIN CAYANG
  • X-GEN
  • elzahra
  • PerMaiDaNi
  • SUTERA KASIH
  • fatamorgana153
  • akh'FAHRI
  • alcore
  • purnama
  • falasthin
  • uipts's
  • syahiditusuci
  • xie-sayang
  • sweet3310
  • naimppkk
  • alinsyirah
  • ZaidAkhtar
  • born2Bda'ei
  • azizaffa
  • pakcu
    saudara... seandainya kau tangisi kematianku, dan kau sirami pusaraku dengan airmatamu...maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh.. nyalakanlah obor buat ummat ini... teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya,kematianku adalah suatu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku... bahagialah hidupku di alam syurga..biarlah rohku terbang mendapatkan rinduNYA... janganlah gentar berkelana di alam abadi..nun di sana fajar jelas memancar.... (sajak SYED QUTB)
    -mujah|dah-

    Keperibadian wanita remaja... Nilai kecantikan wanita... Nafsu mengatakan... Perempuan cantik atas dasar rupanya… Aqal mengatakan... Perempuan cantik atas dasar Ilmu dan kepandaiannya… Dan hati mengatakan... Perempuan cantik atas dasar akhlaknya… Kaum wanita... Usah bangga dengan kecantikan... Kerana ia hanya dicintai... Oleh nafsu... Tidak oleh aqal dan hati.. Orang yang bijaksana itu... Tidak jatuh hati... Pada perempuan.. Kerana kecantikannya... Tapi kerana perjuangannya... Demi iman dan islam…

    rujukan....
  • html
  • myFRIENDSter
  • graphics
  • muslimPage
  • friendsterkit
    -hiburan MENDIDIK jiwa-
  • YA NURAL'EN
  • PALESTINE
  • LA TAHZAN
  • MUJAHID
  • menanti di BARZAKH
  • selamat BERJUANG
  • sunnah BERJUANG




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




     
    Saturday, October 27, 2007
    buatmu anNasihah...

     

     

     

     


    Telah diblog pada Saturday, October 27, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Monday, October 22, 2007
    malam pertama...

    Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Pernahkah engkau melihat kuburan? Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu? Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

    Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

    Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?"

    Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

    Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100) Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

    MENGAPA KITA MALAS NAK SOLAT... .SAKIT APA TU... ?

    Apasal la engkau malas sembahyang,Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada  tiang, Berdiri tanpa roh malam siang... ... Apasal la engkau malas sembahyang,Kerja dah best keluarga pun dah senang,Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang... . Apasal la engkau malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang... Kenapa la engkau malas sembahyang, Main bola engkau sanggup sampai petang, Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang, Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang... ? Apasal la engkau malas sembahyang, Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang, Pagi kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. ..

    Apasal la engkau malas sembahyang, Siksa neraka cuba la engkau bayang,Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!


    Telah diblog pada Monday, October 22, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Friday, October 12, 2007
    SALAM SYAWAL BUAT SEMUA... ^_^

    Allah's_blessings_On_You...

    Telah diblog pada Friday, October 12, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Monday, October 01, 2007
    d-hearty..

    Image Hosted by ImageShack.us

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


    Telah diblog pada Monday, October 01, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Wednesday, September 19, 2007
    selamat hari lahir teman..

     

    Growing_Special_With_Time_!

    SELAMAT ULANGTAHUN KE-26 ! MOGA TERUS JADI PEMEGANG AMANAH ALLAH YG IKHLAS DAN BOLEH DIPERCAYAI...SALAM PERJUANGAN !Wink


    Telah diblog pada Wednesday, September 19, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Tuesday, September 11, 2007
    bisik hatiku hanya untuk-MU...

     

    Hidup tidak selalunya indah
    Langit tak selalu cerah
    Suram malam tak berbintang
    Itulah lukisan alam
    Begitu aturan Tuhan

    Jadilah rumput nan lemah lembut
    tak luruh dipukul ribut
    Bagai karang didasar lautan
    Tak terusik dilanda badai

    Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
    Dalam senang... awasi kealpaanmu
    Setitis derita melanda
    Segunung KurniaanNya

    Usah mengharapkan kesenangan
    Dalam perjuangan perlu pengorbanan
    Usah dendam berpanjangan
    Maafkan kesalahan insan

    Dalam diam... taburkanlah baktimu
    Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
    Suburkanlah sifat sabar
    Di dalam jiwamu itu....

     

    ya ALLAH.... Tuhan pencipta sekelian alam... segala dugaan yg KAU berikan, ku tetapkan redha walau perit ku tempuhi... hanya KAU maha mengetahui hikmah di sebalik musibah yg terjadi... ya ALLAH... Tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang... tenangkanlah hatiku,damaikan jiwaku..kuatkanlah semangatku..agar ku peroleh kembali kekuatan yg telah musnah dek kealpaanku sendiri... ku sedar kesilapanku... ku sedar keterlanjuranku.. selamatkan ya ALLAH... agar tak terus terjatuh ke lembah lalai dan leka yg tak berkesudahan..jangan biarkan aku jauh dr perhatian-MU... titipkan hatiku dengan rahmat-MU agar ku tak rasa kehilangan dan kesepian..dekatilah hatiku ya ROHMAN... genggamlah jiwaku kembali ya ROHIM... jangan biarkan ku tersilap langkah lagi..tolong jangan biarkan! aku adalah milik-MU... biarlah hanya KAU di hatiku... jangan sesekali biarkan lagi 'anasir-anasir' menggugat cintaku pada-MU... selamatkanku..selamatkan juga seluruh ummat Muhammad s.a.w... selamatkan kami kaum hawa ini... dari menjadi buruan tipuan duniawi... genggam hati-hati kami ya ALLAH...agar kami tak jatuh ke lembah fitnah yg hina..pelihara kan kami dunia dan akhirat kekal abadi selama-lamanya....

    aaammiinnnn ya Robbal 'alaminnn....cry



    Telah diblog pada Tuesday, September 11, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Tuesday, September 04, 2007
    SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK 1428H...

     

    HADIRMU KU NANTI DAN KU RINDUI...

    SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN 1428H... MOGA KEHADIRANNYA MEMBAWA BARAKAH DAN TAMBAHLAH AMAL SEIKHLAS-IKHLASNYA...BUAT SELURUH UMMAT MUHAMMAD S.A.W


    Telah diblog pada Tuesday, September 04, 2007 by annasihah82
    Make a comment  


    Next Page