/*

:: Cinta Agung ::
 
 
1
1
1
1


jika cinta tidak berlandaskan ketaqwaan kpd Allah,maka keduanya akan saling bermusuhan kelak di akhirat.apalagi jika cinta justeru mnyebabkn tjadi pbuatn mksiat baik kcil mahupun bsar.tentu kelak akan btengkar di akhirat dan menjadi seteru antara satu sama lain di hadapan Allah kelak... .::PERINGATAN BUAT DIRI::. Cinta sejati dua insan berbeza jenis adalah cinta yang terjalin setelah akad nikah. iaitu cinta kita pada pasangan hidup kita yang sah. cinta sebelum menikah adalah cinta palsu yang tidak perlu dimuliakan apalagi diagung-agungkan...!! ALLAHUAKBAR.... SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH...ATAS HIDAYAH DAN PETUNJUK-MU...
KEPADA BAKAL ISTERI Seandainya nanti engkau diijabkabulkan, Bakarlah bara-bara jihad di hati suamimu, Sepertimana ibu Rabiah berpesan kepada Furuq, Suaminya, puluhan tahun di medan jihad, “jangan pulang kalau sebagai anjing mencawat ekor” ! kalau nanti kau dikurniai putera, tiupkanlah semangat jihad di hatinya, supaya zuriatmu nanti cinta mencari syahid, seghairah Handzalah menggadai nyawanya... Latihkanlah puteramu nanti, Sebagai pengganti Ibnu Rawahah, Menjadi penyair penyeru jihad, Yang mementingkan taqwa daripada quwwah, Dendangkanlah cerita Abu Sulaiman pada puteramu, Agar ia kenal apa itu keberanian, Kelak nanti pedang Allah akan muncul semula, Di akhir zaman.... Jadikanlah dirimu sebagai Asma’ puteri AsSiddiq, Moga-moga nanti lahirlah puteramu, Yang tiada gentar dan undur, Dalam perjuangan kerana Allah, Seperti diriwayatkan tentang putera Az Zubair... Suburkanlah cinta puteramu nanti, Kepada Rasulullah, Agar ia sanggup berkorban, Kemewahan dan kemegahan, Kerana suamimu bangga kalau puteranya, Seperti Mush’ab... Bacakanlah sejarah sahabat-sahabat pada puteramu, Di waktu-waktu suami tiada di sampingmu, Kisah perjuangan dan pengorbanan mereka, Dan pesan-pesankanlah selalu, Di cuping telinganya nanti, “Berjuanglah wahai puteraku, kerana lahirnya dikau di dalam Islam, adalah hasil darah dan airmata mereka itu…”

mari melawat....
  • darulnuman
  • permaya
  • islamonline
  • THECALLINGZ
  • mr.Rodin-66
  • AL-AMIN
  • ibnuSOLEH
  • braderMACHO
  • YALIN CAYANG
  • X-GEN
  • elzahra
  • PerMaiDaNi
  • SUTERA KASIH
  • fatamorgana153
  • akh'FAHRI
  • alcore
  • purnama
  • falasthin
  • uipts's
  • syahiditusuci
  • xie-sayang
  • sweet3310
  • naimppkk
  • alinsyirah
  • ZaidAkhtar
  • born2Bda'ei
  • azizaffa
  • pakcu
    saudara... seandainya kau tangisi kematianku, dan kau sirami pusaraku dengan airmatamu...maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh.. nyalakanlah obor buat ummat ini... teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya,kematianku adalah suatu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku... bahagialah hidupku di alam syurga..biarlah rohku terbang mendapatkan rinduNYA... janganlah gentar berkelana di alam abadi..nun di sana fajar jelas memancar.... (sajak SYED QUTB)
    -mujah|dah-

    Keperibadian wanita remaja... Nilai kecantikan wanita... Nafsu mengatakan... Perempuan cantik atas dasar rupanya… Aqal mengatakan... Perempuan cantik atas dasar Ilmu dan kepandaiannya… Dan hati mengatakan... Perempuan cantik atas dasar akhlaknya… Kaum wanita... Usah bangga dengan kecantikan... Kerana ia hanya dicintai... Oleh nafsu... Tidak oleh aqal dan hati.. Orang yang bijaksana itu... Tidak jatuh hati... Pada perempuan.. Kerana kecantikannya... Tapi kerana perjuangannya... Demi iman dan islam…

    rujukan....
  • html
  • myFRIENDSter
  • graphics
  • muslimPage
  • friendsterkit
    -hiburan MENDIDIK jiwa-
  • YA NURAL'EN
  • PALESTINE
  • LA TAHZAN
  • MUJAHID
  • menanti di BARZAKH
  • selamat BERJUANG
  • sunnah BERJUANG




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



     
    Sunday, August 26, 2007
    SALAM KEMERDEKAAN *50th*

    cuci otak dengan sejarah lama yok...

    Wink

    Wafatnya Salahuddin

    Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas  berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin
    selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan
    ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia engucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar. Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Salahuddin yang Wara' Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin.

     

    Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam.
    Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah. Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya
    duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia
    akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan
    hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia
    berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis
    dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman
    hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh
    Suhrawady yang membawa ajaran sesat.


    Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa
    meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun bangun dan
    pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku
    tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata
    kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu
    ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?" Aku menjawab, "Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau
    bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah
    kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku
    menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh
    menolongku dalam keadaan yang genting ini" Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara
    musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke
    Ramla pada hari Isnin pagi" Perangai Salahuddin Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa
    dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus  ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah. Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin
    sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu
    didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah
    dan beberapa pemberian yang lain. Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan
    kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka
    melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan
    kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah
    meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan
    kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati
    kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa
    menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas
    mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak
    panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya
    menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum
    benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada
    khadamnya, "Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu
    cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.
    Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan
    sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru
    ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah
    berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah
    Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan
    senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan
    hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya
    Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk
    digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah
    negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya
    wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan
    dirinya".


    Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa
    hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun
    tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia
    menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan
    mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa
    mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya,
    ketika Raja inggeris itu sakit.


    Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila
    melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang
    perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu
    menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya
    dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah
    dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu
    kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun
    turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi
    itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat
    dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan
    Salahuddin.


    Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada
    anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan
    supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang
    akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat
    kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan
    penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang
    sedemikian.


    Kesungguhan dan Semangat Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang mengebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan peninggalkanku apabila kamu menunggang kuda". Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, "Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".


    Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh
    menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan
    perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua
    kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah
    tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke
    atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima
    tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama
    beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar
    bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar
    perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan
    kepadanya ketiak peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.
    Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang
    untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah
    sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera
    yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh
    ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu
    petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat
    pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali
    Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini,
    serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera
    Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera
    Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya.
    Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur
    tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi
    kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih
    kurang 7,000 mayat-mayat.


    Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suati
    hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu
    apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci
    ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini
    kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku
    ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau
    dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada
    orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai".

    Salahuddin sebagai ulama


    Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga
    mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia
    mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia
    sangat gemar mengumpulkan pengeatahuan dan maklumat dari kawan-kawannya
    dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu
    penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal
    syair-syair Arab.


    Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang
    dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis
    serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga
    tafsir Qur'an


    Rujukan :
    Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat
    Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31,
    32-33, 7,155
    Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99

    [Non-text portions of this message have been removed]

    Salahuddin Al-Ayyubi

    (Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit. Saya
    mencadangkan supaya sudara/saudari membeli dan membaca buku ini)
    Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole,
    1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di
    samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang
    menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa
    anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan
    menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang
    menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan
    perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.
    Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin
    sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang
    lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang
    hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.
    Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin
    besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan
    jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera
    Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir.
    Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak
    bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama
    Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri
    untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat
    pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang
    dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
    padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
    padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)
    Pertukaran Hidup Salahuddin
    Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin
    bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat
    berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak
    bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa
    Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan
    kesenagannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang
    rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan
    segala kesenangannya (Bahauddin,1234).
    Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin
    mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan
    menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan
    corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh
    kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan
    iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau
    orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika
    Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud
    Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam.
    Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.
    Semangat Jihadnya
    Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah.
    Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang
    berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan
    jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa
    meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari
    mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang
    bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian.
    Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada
    duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang
    menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.
    Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah
    memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumoukan seluruh
    perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.
    Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan
    anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari
    satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
    tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia
    juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
    mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
    Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh
    doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin
    hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin
    kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.
    (Bahauddin, 1234)
    Peperangan Hittin
    Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin
    dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya
    pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam
    peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di
    tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembasar lain
    yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron
    dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib
    berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bawaha
    dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera
    Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat
    tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara
    salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala
    manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera
    Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan,
    timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.
    Kecintaan Salahuddin kepada Islam
    Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam.
    Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan
    peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya
    didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka
    dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya.
    Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke
    hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk
    membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci
    dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut
    bela Muhammat atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal
    kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari
    khemah.
    Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana
    menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan
    mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja
    membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala
    batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".
    Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam
    dan Nabi Muhammad. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan
    Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang
    dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya
    merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya
    mengatakan, "Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelematkan
    kamu". Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh
    Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.
    Menawan Baitul Muqaddis
    Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin
    untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa
    Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis
    hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam
    hatinya.
    Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj,
    Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke
    langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemengan atas
    kemengang. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar,
    peniaga dan orang-prang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini.
    Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua
    ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada
    Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang.
    Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi
    langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di
    Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah
    diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya
    Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
    Salahuddin yang Penyayang
    Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini
    sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah
    Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan
    hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah
    menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika
    orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab,
    menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan
    hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan.
    Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang
    yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang
    tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.
    Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan
    kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah
    benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya
    mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu
    membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang
    keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan
    sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.
    Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera
    Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099.
    Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred
    menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat'
    dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa,
    dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
    rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari
    pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan
    kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka
    sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan
    baik oleh Salahuddin.
    Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang
    diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah
    seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan
    mungkin di sepanjang zaman.
    Perang Salib Ketiga
    Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang
    Kristian pada tahun 1099 (490H) manakal yang kedua telah dimenangi oleh
    Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana
    beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa
    perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh
    dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi
    Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian
    seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England,
    Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy
    dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya
    dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya
    untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka
    tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.
    Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah
    pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk
    memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui
    Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra
    diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan
    Salib ketiga.
    Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang
    Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar
    Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di
    dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan
    September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur
    kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan
    perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan
    orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah
    mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta
    Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi
    pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota
    Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan
    Kristian. Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan
    sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu,
    tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.
    Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang
    telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan
    kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan
    yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru
    untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada
    jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak
    henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi.
    Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di
    Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini,
    Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya
    dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan
    orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan
    bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas
    jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah
    berakhirnya pada tahun 1192.
    Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa
    syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan
    ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin
    sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat
    tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama
    sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya,
    sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan
    setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat
    keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing.
    Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka
    memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

    *jika ada tersilap,harap betulkan ye..copyright controlledSmile*


    Telah diblog pada Sunday, August 26, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Tuesday, August 21, 2007
    SALAM BUAT TEMAN

     

    SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PASANGAN JULIA  & MOHD KHIR JOHARI PADA 25 OGOS 2007. MOGA KEKAL HINGGA KE SYURGA.. MOGA JADI PASANGAN SOLEH SOLEHAH...INSYA-ALLAH...

     


    Telah diblog pada Tuesday, August 21, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Monday, August 06, 2007
    perkataan..

    SEMERBAK IMAN MASYITA

    "

    Bercakap  fasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun.

    Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan  memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. 

    Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati  kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.  Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.

    Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"

    "Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."

    Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.

    Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.

    Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.

    Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya. 

    Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.

    Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!
     

    MORAL & IKTIBAR

    • Orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi menegakkan kebenaran diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
    • Bukan lelaki saja yang mempunyai semangat yang kental dan tinggi dalam memperjuangkan kebenaran. Golongan wanita yang dianggap kaum yang lemah juga mempunyai keberanian dengan izin Allah
    • Allah menetapkan hati hamba yang mencari keredhaanNya sehingga seorang bayi mampu bercakap dalam usia yang paling muda. Anak Masyita adalah salah seorang bayi yang boleh bercakap semasa kecil lagi. Contoh lain ialah anak Siti Mariam yang menafikan ibunya melahirkan anak haram.
    • Orang yang Allah tidak kehendaki keimanannya dibiarkan mereka hidup dalam kezaliman sehingga menyangka keburukan sebagai kebaikan dan kebaikan pula dipandang sebagai kejahatan.
    • Manusia jangan menyangka mereka mudah saja dibalas dengan syurga selagi tidak diduga dengan pelbagai musibah dan kesusahan. 
    • Dunia adalah tempat bersusah-payah, manakala akhirat ialah tempat kesenangan abadi.
    • Prinsip dan pegangan hidup orang tua-tua, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" seharusnya dijadikan pedoman hidup bagi kita.
    • Manusia yang senang kehidupannya tanpa diduga oleh Allah belum lagi diiktiraf keselamatannya di akhirat
    • Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti sebagai tanda Allah menyayangi mereka.  Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti bahawa Allah membenci mereka.
    • Kesenangan di dunia bukan menjadi kayu pengukur kepada kesenangan di akhirat. Kesusahan di dunia pula bukan menjadi kayu pengukur kepada kesusahan di akhirat.                        

    Telah diblog pada Monday, August 06, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    hati..

    :: menyusuri raudhah firdausi ::

    ”Aku mengabdi kepada Allah bukan kerana takut kepada neraka, bukan pula ingin masuk syurga.. tetapi aku mengabdikan diri kerana cintaku dan rinduku padaNya. Tuhanku jika kupuja Engkau kerana takutkan neraka bakarlah aku di dalamnya. jika kupuja Engkau kerana mengharapkan syurga jauhkanlah aku daripadanya, tetapi jika Engkau ku puja semata-mata kerana Engkau maka janganlah sembunyikan kecantikanMu yang kekal dariku.” -Rabi'atul Adawiyah-

     


    Telah diblog pada Monday, August 06, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Wednesday, July 18, 2007
    selamat kembali kepadaNYA...

    perpisahan yang seterusnya dalam keluarga kami berulang lagi.. Allah lebih menyayanginya... selamat kembali dalam aman dan damai ke pangkuanNYA... buat allahyarhamah ibu saudaraku pn kamah bt abd majid...jam 1.10pg td di Hosp. Sultnh Fatimah.. moga pertemuan denganNYA dalam sejahtera dan bahagia.. AL FATIHAH...

    ya Allah... redhakan hati-hati kami atas perpisahan yang kau berikan sebagai ujian buat kami...

    Ku Merintih, Aku Menangis,
    Ku Meratap, Aku Mengharap,
    Ku Meminta Dihidupkan Semula,
    Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

    Perjalanan Rohku,
    Melengkapi Sebuah Kembara,
    Singgah Di Rahim Bonda,
    Sebelum Menjejak Ke Dunia,
    Menanti Di Barzakh,
    Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
    Diperhitung Amalan,
    Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

    Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
    Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
    7 Langkah Pun Baru Berlalu,
    Seusai Talkin Penanda Syahdu,
    Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
    Nisan Batu Menjadi Tugu,
    Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

    Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
    Seakan Ku Dengari,
    Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
    Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan...
    Tetapi Ia Sebenar Kejadian....

    Kembali Roh Kembli,
    Kembalilah Kedalam Diri,
    Sendirian Sendiri,
    Sendiri Bertemankan Sepi,
    Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
    Terbujur Dan Kaku,
    Jasad Didalam Keranda Kayu,

    Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
    Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
    Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
    Tiada Siapa Yang Terkecuali,
    Lemah Jemari Nafas Terhenti,
    Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
    Cukup sekali Jasadku Untukku Mengulangi,

    Jantung Berdegup Kencang,
    Menantikan Malaikat Datang,
    Menggigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
    Selama Ini Diceritakan....
    Kini Aku Merasakan...
    Di Alam Barzakh Jasad Dikebumikan...

    Ku Merintih, Aku Menangis,
    Ku Meratap, Aku Mengharap,
    Ku Meminta Dihidupkan Semula,
    Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata....

    cry


    Telah diblog pada Wednesday, July 18, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Monday, June 25, 2007
    salam takziah

    salam takziah buat kakakku atas pemergian ayah mertuanya pd 25 jun 2007 jam 10.30mlm.. moga roh allahyarham di tempatkan di kalangan orang2 beriman.. insyaAllah....

    AL-FATIHAH....


    Telah diblog pada Monday, June 25, 2007 by annasihah82
    Make a comment  

    Monday, June 18, 2007
    tazkirah..

     

    Jenis Hukuman Buat Wanita Di Akhirat

    Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
    Rasulullah menangis maka dia datang bersama
    Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul
    menangis. Baginda menjawab, "Pada malam aku di-
    isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang
    sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah
    sebabnya mengapa aku menangis. Kerana,
    menyaksikan mereka yang sangat berat dan
    mengerikan siksanya.

    Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang
    dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan
    digantung rambutnya, otaknya mendidih.
    Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
    tangannya diikat ke belakang dan
    timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
    Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya
    dengan terikat tangannya sampai ke ubun-
    ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

    Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya
    sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta
    aku lihat perempuan
    yang bermuka hitam, memakan tali perutnya
    sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya
    pekak dan matanya buta, dimasukkan ke
    dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya
    keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk
    karena penyakit sopak dan kusta.

    Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi dan
    badannya seperti himar,
    beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat
    perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan
    api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya
    sementara malaikat memukulnya dengan pentung
    dari api neraka," kata Nabi.

    Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa
    mereka disiksa seperti itu?

    *Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun
    mereka yang tergantung rambutnya hingga
    otaknya mendidih adalah
    wanita yang tidak
    menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki
    yang bukan muhrimnya
    .

    *Perempuan yang digantung susunya adalah isteri
    yang 'mengotori' tempat tidurnya
    .

    *Perempuan yang
    tergantung kedua kakinya ialah
    perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia
    keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan
    yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas
    .

    *Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah
    kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan
    muhrimnya dan suka mengumpat orang lain
    .

    *Perempuan yang memotong badannya sendiri
    dengan gunting api neraka kerana
    ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang
    kepada orang lain bersolek dan berhias supaya
    kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
    muhrimnya
    .

    *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya
    ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan
    kala jengking padanya kerana
    dia shalat tapi
    tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub
    .

    *Perempuan yang kepalanya seperti babi dan
    badannya seperti himar ialah
    tukang umpat dan
    pendusta
    . Perempuan yang menyerupai anjing
    ialah
    perempuan yang suka memfitnah dan
    membenci suami
    ."

    Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra
    pun turut menangis.

    <anNasihah82> ya ALLAH ! AMPUNI DOSA-DOSA KAUM KAMI KETURUNAN HAWA INI... DARI PALITAN NODA YG DICIPTA SENDIRI..MOGA TERJAUHI DARI AZAB YG TAK MAMPU KAMI HADAPI...AMEENN... cry

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Sabda Rasulullah S.A.W


    " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
    terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta
    diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih
    laut "


    1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
    melakukan sesuatu.

    2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap
    selesai melakukan sesuatu.

    3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap
    perkataan yang tidak patut

    4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan
    berbuat sesuatu di hari esok.

    5. Mengucap La haula wala kuwwata illa
    billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
    diingini.

    6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
    jika menghadapi dan menerima musibah.

    7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
    Rasulullah
    sepanjang siang malam sehingga tak
    terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
    mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
    mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-
    mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa

    wallahua'lam

     

    **********************************************************

     

    DOA SELEPAS SOLAT

     

    Segala puji bagi ALLAH, TUHAN pentadbir seluruh alam.
    Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W,
    Yang semulia-mulia pesuruhnya dan keatas keluarga
    Dan sekalian sahabat-sahabatnya.
    Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan IMAN,
    Matikan kami dengan IMAN,
    Masukkan kami ke syurga bersama-sama IMAN,
    Ampunkan segala dosa kesalahan kami dan
    Dosa kesalahan ibu bapa kami,
    Serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka
    Mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil.
    Ampukanlah juga dosa kaum kerabat kami,
    Sahabat handai kami serta seluruh
    Kaum muslimin serta muslimat sekalian.
    Ya ALLAH akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik
    Dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami
    dengan kesudahan yang buruk.
    Ya ALLAH, akhirilah umur kami
    dengan kalimah LA ILA HA ILLALLAH
    Ya ALLAH ya Tuhan kami, janganlah kiranya
    Engkau pesongkan IMAN kami
    Setelah Engkau kurniakan kami petunjuk.
    Anugerahkanlah kami Rahmat kerana sesungguhnya
    Engkau Maha Pengurnia.
    Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami,
    Kebaikan dunia dan akhirat dan peliharalah kami
    dari azab api neraka.
    Semoga Engkau mencucuri Rahmat dan sejahtera
    ke atas junjungan kami,
    Nabi Muhammad SAW dan keatas seluruh keluarga
    dan sahabat-sahabtnya.
    Dan segala puji-puji itu hanya bagi
    ALLAH tuhan pencipta seluruh ALAM


    Telah diblog pada Monday, June 18, 2007 by annasihah82
    Make a comment  


    Previous Page Next Page